#Channel20sen Salah satu lokasi filem Laxmana Do Re Mi di dalam babak OST lagu Bujang Merempat. Lokasi yang dimaksudkan itu adalah batang paip air yang dimuatkan di dalam babak tersebut. Dalam babak itu P. Ramlee A. R. Tompel & Ibrahim Din berjalan di tepi batang paip tersebut. Hanya shot di batang paip air sahaja yang dapat di kesan. Selain itu visual di ladang getah tidak dapat di kesan kerana lokasi tersebut sudah berubah disebabkan pembangunan perumahan. Lokasi tersebut di Klang Gate berhampiran Empangan Klang Gate, Hulu Klang, Selangor.